facebook KLIK PANGKAH UNTUK TUTUP Button Close

Panas! Sidang Media AdiPutra Bertukar Suasana Apabila Bekas Adik Ipar Isteri Kedua AdiPutra Bangun Dan Merampas Mic!


Abang Saya Tidak Bersalah - Bekas Adik Ipar Isteri Kedua Adi Putra.





Bekas adik ipar kepada isteri kedua Adi Putra, Farah Erliani Rahimpudin mengakui abangnya tertekan selepas pelakon Adi Putra menyiarkan nombor telefon abangnya di laman Instagram.

"Abang saya tertekan kerana selepas Adi mendedahkan nombor telefon abang saya di laman sosial, dia menerima banyak panggilan," kata Farah kepada Astro Gempak.

Hadir di sidang media penjelasan Adi Putra yang diadakan di Casa Ombak, Jalan Ampang pada Isnin, Farah menjelaskan yang abangnya tidak terlibat dalam penyebaran status sebelum ini.

"Adi mengenali isteri keduanya ketika dia masih bergelar isteri kepada abang saya sekitar September 2015. Tujuan saya hadir ke sidang media ini adalah untuk menjelaskan mengenai keadaan sebenar dari pihak abang saya dan melindungi abang saya.

"Bukan abang saya yang menyebarkan dan memviralkan perkara ini di laman sosial. Kami tidak mahu memburukkan Adi tetapi ada pihak yang mengatakan sebaliknya," katanya sebelum diminta Adi untuk meninggalkan majlis.

Sebelum ini, Adi memuatnaik sebuah entri di laman Instagram yang mengandungi gambar dan nombor telefon bekas suami kepada isteri keduanya. Berita Premium 
Panas! Sidang Media AdiPutra Bertukar Suasana Apabila Bekas Adik Ipar Isteri Kedua AdiPutra Bangun Dan Merampas Mic! Panas! Sidang Media AdiPutra Bertukar Suasana Apabila Bekas Adik Ipar Isteri Kedua AdiPutra Bangun Dan Merampas Mic! Reviewed by AAA on 11:45:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.